Wednesday, December 16, 2015

Bagaimana Hanz Mengurus Kewangan?

Assalamualaikum Hii!!

Hari ni Han nak share mengenai bagaimana untuk mengurus kewangan secara bijak!
Baru-baru ni rasanya semua telah, sedang dan masih panas hati lagi kan bila dapat tahu je segala kos hidup di Malaysia semakin naik secara amat mendadak? Rasa panasss je kan dengar masa announcement dibuat tempoh hari? Tapi kita nak buat macam mana, kalau mengutuk 24 jam pun kita tiada kuasa untuk perbetulkan keadaan. Kalau kita lantang bersuara, ada yang kena lucut jawatan lepas ni.. ye dok? Hehe.

K la, malas nak cerita panjang sebab nanti datangkan dosa je. Dosa sekarang ni pun tak terpikul, inikan pula dosa nak buat “ketupat”. Kita doa dan serahkan pada Yang Esa, DIa lebih berkuasa dari segala-galanya..ok titik.

Kalau korang perasan lah kan, terutama yang hidup makan gaji seperti saya ni, duit kadang-kala rasa cukup rasa tidak je. Awal bulan duit gaji sikitnya penuh, bila nak hampir ke akhir bulan, poket sudah semakin kempis. Mulalah rasa hidup tak keruan lepas tu. Tengok orang shopping beli itu beli ini, telan air liur jela. So, kalini Han nak share bagaimana untuk menguruskan kewangan kita secara bijak.

Ada 2 Cara:
  • Lakukan bajet bulanan kewangan
  • Percentage (%) Rules
Tapi untuk kalini Han akan share tip pertama dulu, untuk tip no 2 kite share di next entri k. Untuk Cara 1 ni simple je, Han bagi contoh orang yang baru kerja sebab rata-rata golongan ni banyak lak jugak menghabiskan duit dengan enjoy (termasuk la saya. Ngeh3) dan kurang bijak mengurukan wang. Mungkin sebab tiada komitmen penting lagi di stage ni.

Untuk cara pertama, kita bahagikan duit gaji kepada 4 bahagian:
  1. Hutang Piutang dan Kepentingan – contoh seperti installment kereta, sewa rumah etc.
  2. Keperluan Harian – contoh seperti petrol, barangan dapur, bil elektrik etc.
  3. Simpanan Tetap/ Investment – simpanan fixed korang. Boleh dibahagi simpanan jangka pendek dan panjang.
  4. Baki Belanjawan – baki belanja setelah ditolak dengan simpanan tetap. Bagi ni korang boleh simpan di tempat yang berlainan. So, kalau ada apa-apa emergency boleh guna dari duit ni
Sebagai contoh untuk gaji bersih RM2,500 (Normal rate untuk mereka yang baru berkerja):

Draft belanjawan secara kasar. Kalau korang sewa rumah, korang boleh letak bayaran sewa dan bil-bil yang seangkatan dengannya dalam part "Hutang dan Kepentingan". Manage ikut posisi kewangan dan keperluan korang. ok?
Ni (atas) list perbelanjaan dan simpanan bulanan yang kita perlu senaraikan sebelum dapat gaji. Bila gaji dah dapat, pertama sekali korang perlu mengeluarkan dahulu bahagian untuk hutang dan simpanan tetap takut tersasar pula kalau satukan dalam akaun yang sama. Saya prefer kalau ada 2 atau 3 akaun bank, mudah untuk menguruskan kewangan kita.

Contoh yang Han selalu lakukan:
  • Maybank – Gaji, bayaran kereta dan urusan harian
  • Bank Islam – PTPTN, simpanan dan baki belanjawan
  • Tabung Haji – Simpanan tetap
Baki Belanjawan
  • Baki lebihan daripada belanjawan boleh disimpan di tempat/ bank lain. Kalau boleh kosongkan duit dalam akaun gaji sebelum terima gaji baru, mudah untuk manage dan dapat elakan dari belanja lebih dari kepentingan.
Kalau korang ada impian untuk beli kereta ke rumah ke kahwin atau apa-apa sahaja yang perlukan belanjawan yang agak besar, costing is the best way for you. Seriously, Han pun simpan duit down payment kereta guna cara ni gak. Alhamdulillah, managed untuk settlekan duit down payment kereta dalam masa 3 bulan tanpa bantuan “PAMA”. So guys, after this there is no “duit tak cukup” issues anymore k.

Selamat Menguruskan Wang Secara Bijak!

Hanz.

No comments:

Post a Comment