Friday, October 30, 2015

My Warm Welcome to All Readers

Assalamualaikum...haii there!!

Ni blog ke-2 saya!!

Ooopps lupa pulak nak beritahu semua. Saya Hanisa atau Hanz.

Kenapa saya membuat blog ke-2??

Sebab blog pertama saya (Cerita Seorang Hanisa) khusus untuk topik kesihatan dan kecantikan serta Herbalife!! Ngeee~ Jadi, saya tak mahu ada conflict of interest di situ. Sekejap Herbalife, sekejap pasal life, sekejap Herbalife, sekejap gossipp! Ohhh itsooo confusing! Sampai saya nak menulis entri pun berkira-kira topik ni ok ke tak end up tak menulis terus. jadi, sekarang bila sudah buat blog ke-2 ni bebas la sikit nak cerita apa. kan kan kan?? Tapi blog pertama tu belum mati lagi ye, masih ada dan hidup seperti biasa sebab selagi ramai obesiti di Malaysia ni, selagi tulah blog itu akan bernyawa dan terus untuk membantu rakyat Malaysia. Aceeewahh!

Kenapa HanzLisha?

HanzLisha ni bermula bila saya bertanya Cikgu EST saya masa form 5 dulu, "Err Sir, nama saya dalam bahasa Cina ape?" Sir cakap, "Nama you Han Li Sa, sejenis bunga". Then, masa nak buat emel pertama, saya terus terlintas nama Han Li Sa tu. Tapi disebabkan saya ni memang tak suka nama girly sangat, saya pun ubahlah menjadi HANZLISHA. Dan nama Hanzlisha tu pun teruslah melekat sampai sekarang. Nak buat blog ni pun saya nak juga guna nama Hanzlisha tu. Walaupun bukan retis macam Hanis Zalikha, saya tak kisah...janji Hanzlisha. Tambahan, nickname saya pun Hanz. Dah kena sangat lah kan dengan blog ni. Hehe.

So readers, Welcome to HanzLisha!!

Feel free to share and comment okay. Sharing is Caring!

No comments:

Post a Comment