Monday, December 21, 2015

My status hari ini adalah MASA.

Mengapa saya ingin bercerita mengenai Masa? Kerana sedar tak sedar sudah hampir 12 bulan kita berada di tahun 2015. Apa yang kita telah buat selama itu? Anda tidak sedar, bukan? Saya pun. Kita sama saja.

Kadang-kala saya rasa sangat frust! “Apela aku dah lakukan hari ni?? Pergi kerja, lunch dengan kawan-kawan office, berborak, solat zohor, sambung kerja, dan balik” Pehh! Bosannya buat benda ni hari-hari! Langsung tiada perubahan. Kalau Allah tarik nyawa saya ketika ini, saya rasa macam tiada sweet memory dan amalan je untuk diingati dan menjadi bekalan nanti. Kan? Kalau anda pernah terfikir seperti saya, moh ler kite berubah.

Berubah macam mana?

Berubah dari segi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Kenapa saya pilih dua aspek ni? Kerana kalau kita tekankan kedua-duanya, kita mampu membuat perubahan yang amat besar kepada diri kita dan orang-orang sekeliling kita ('',)

Bagi saya, apabila kita tinggkatkan hubungan kita dengan Allah, dekatkan diri kepada-Nya, kita akan rasa sangat tenang. Rasa seronok menjalani kehidupan, rasa seronok untuk beribadah, rasa seronok untuk menjalinkan hubungan silaturrahim. Segalanya rasa penuh makna. Dan kita tidak akan mensia-siakan kehidupan kita begitu sahaja. Segala masa kita isi dengan penuh hikmah dan bijaksana.

So, mungkin ini beberapa aktiviti yang boleh kita sama-sama lakukan bagi mengelakkan rasa “boring” tuh:


  • Qammullail – Tidak dapat konsisten hari-hari pun, seminggu sekali kita lakukan pun sudah memadai bagi yang beginner macam saya ni. Jika nak berubah, biar sedikit-sedikit nanti lama-lama jadi bukit, tak begitu? Jika tersadung bangun pukul 5 pagi pun masih sempat nak Tahajjut, so don't worry okay.
  • Membaca al-Quran - Bacalah sekurang-kurangnnya 2 muka sehari, janji konsisten.
  • Berzikir – Sentiasa membasahi bibir dengan zikrullah. Saya tahu, kadang-kala kita berasa berat je mulut unuk berzikir tapi percayalah kalau kita berzikir hati kita akan rasa tenang dan perjalanan harian kita akan rasa lancar. Salah satu cara saya untuk menjadi rajin berzikir dengan menggunakan cincin tasbih. Sangat mudah hanya sarung dan mulut akan auto tasbih. Hehe

  • Hadiri majlis-majlis ilmu – Rajinkanlah diri untuk menhadiri dan mendengar ceramah-ceramah agama/ motivasi atau apa-apa bentuk ilmu yang baik untuk develop diri kita. Paling malas pun tonton je rancangan “Tanyalah Ustaz” di TV9. Setiap hari dari pukul 7 – 8 pagi. Sempat je nak dengar sebelum datang ke office.
  • Bersenam – Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau rasa rushing balik dari office dan tak sempat ke gym tu, don’t worry.. kalian boleh buat aktiviti cardio dan senaman lain di rumah. 30 – 45 minit je. Kalau tak tahu, download je apa-apa video senaman di Youtube macam saya. =)
  • Baca buku – Hah ni memang ramai jugak yang malas. Tapi cuba la disiplinkan diri baca buku setiap hari sementara menunggu teksi/ tren/ bas atau 15 minit sebelum tidur. At least otak kita ni tak adalah asyik dok fikir pasal kerja sangat. Anggaplah baca buku sebelum tidur ni sebagai bedtime story. Atleast membantu jugaklah tidur kita lagi-lagi bagi mereka yang susah untuk tidur awal di waktu malam.
  • Aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan – buatlah sesuatu yang aktiviti yang berkualiti dan yang anda rasa happy. Cth: hiking ke, marathon, picnic, shopping, lepakking, etc.

Ok la, sekian untuk status hari ini. Daa~

Wednesday, December 16, 2015

Bagaimana Hanz Mengurus Kewangan?

Assalamualaikum Hii!!

Hari ni Han nak share mengenai bagaimana untuk mengurus kewangan secara bijak!
Baru-baru ni rasanya semua telah, sedang dan masih panas hati lagi kan bila dapat tahu je segala kos hidup di Malaysia semakin naik secara amat mendadak? Rasa panasss je kan dengar masa announcement dibuat tempoh hari? Tapi kita nak buat macam mana, kalau mengutuk 24 jam pun kita tiada kuasa untuk perbetulkan keadaan. Kalau kita lantang bersuara, ada yang kena lucut jawatan lepas ni.. ye dok? Hehe.

K la, malas nak cerita panjang sebab nanti datangkan dosa je. Dosa sekarang ni pun tak terpikul, inikan pula dosa nak buat “ketupat”. Kita doa dan serahkan pada Yang Esa, DIa lebih berkuasa dari segala-galanya..ok titik.

Kalau korang perasan lah kan, terutama yang hidup makan gaji seperti saya ni, duit kadang-kala rasa cukup rasa tidak je. Awal bulan duit gaji sikitnya penuh, bila nak hampir ke akhir bulan, poket sudah semakin kempis. Mulalah rasa hidup tak keruan lepas tu. Tengok orang shopping beli itu beli ini, telan air liur jela. So, kalini Han nak share bagaimana untuk menguruskan kewangan kita secara bijak.

Ada 2 Cara:
  • Lakukan bajet bulanan kewangan
  • Percentage (%) Rules
Tapi untuk kalini Han akan share tip pertama dulu, untuk tip no 2 kite share di next entri k. Untuk Cara 1 ni simple je, Han bagi contoh orang yang baru kerja sebab rata-rata golongan ni banyak lak jugak menghabiskan duit dengan enjoy (termasuk la saya. Ngeh3) dan kurang bijak mengurukan wang. Mungkin sebab tiada komitmen penting lagi di stage ni.

Untuk cara pertama, kita bahagikan duit gaji kepada 4 bahagian:
  1. Hutang Piutang dan Kepentingan – contoh seperti installment kereta, sewa rumah etc.
  2. Keperluan Harian – contoh seperti petrol, barangan dapur, bil elektrik etc.
  3. Simpanan Tetap/ Investment – simpanan fixed korang. Boleh dibahagi simpanan jangka pendek dan panjang.
  4. Baki Belanjawan – baki belanja setelah ditolak dengan simpanan tetap. Bagi ni korang boleh simpan di tempat yang berlainan. So, kalau ada apa-apa emergency boleh guna dari duit ni
Sebagai contoh untuk gaji bersih RM2,500 (Normal rate untuk mereka yang baru berkerja):

Draft belanjawan secara kasar. Kalau korang sewa rumah, korang boleh letak bayaran sewa dan bil-bil yang seangkatan dengannya dalam part "Hutang dan Kepentingan". Manage ikut posisi kewangan dan keperluan korang. ok?
Ni (atas) list perbelanjaan dan simpanan bulanan yang kita perlu senaraikan sebelum dapat gaji. Bila gaji dah dapat, pertama sekali korang perlu mengeluarkan dahulu bahagian untuk hutang dan simpanan tetap takut tersasar pula kalau satukan dalam akaun yang sama. Saya prefer kalau ada 2 atau 3 akaun bank, mudah untuk menguruskan kewangan kita.

Contoh yang Han selalu lakukan:
  • Maybank – Gaji, bayaran kereta dan urusan harian
  • Bank Islam – PTPTN, simpanan dan baki belanjawan
  • Tabung Haji – Simpanan tetap
Baki Belanjawan
  • Baki lebihan daripada belanjawan boleh disimpan di tempat/ bank lain. Kalau boleh kosongkan duit dalam akaun gaji sebelum terima gaji baru, mudah untuk manage dan dapat elakan dari belanja lebih dari kepentingan.
Kalau korang ada impian untuk beli kereta ke rumah ke kahwin atau apa-apa sahaja yang perlukan belanjawan yang agak besar, costing is the best way for you. Seriously, Han pun simpan duit down payment kereta guna cara ni gak. Alhamdulillah, managed untuk settlekan duit down payment kereta dalam masa 3 bulan tanpa bantuan “PAMA”. So guys, after this there is no “duit tak cukup” issues anymore k.

Selamat Menguruskan Wang Secara Bijak!

Hanz.

Wednesday, November 25, 2015

Orang Tua Kita

Hargai mereka tika masih ada...
Sayangi mereka tika masih bernafas
Kasihi mereka tika masih lagi 

Tika mereka sudah hilang kudratnya...
Maka belai dan jagailah mereka
Penuhilah hidup mereka seperti mana mereka sentiasa penuhi impian kita tika kita masih kecil
Gembirakan mereka dengan kesenangan dan ketenangan

Tika mereka telah tiada...
Panjatkanlah doa untuknya
Jangan pernah putus kasih sayang kepada kedua-nya
Kerana kasihnya dan sayangnya mereka kepada kita tak pernah putus sampai  bila-bila...


Love Mak & Abah

Hanz

Wednesday, November 11, 2015

Syukurlah Allah Masih Sayangkan Dia

Hari ini dia pulang. Kepulangannya amat dinantikan kami sekeluarga. Sudah empat hari dia tidak pulang ke rumah. Risau. Kami hanya mampu berdoa agar Allah selamatkan dia dan beri dia kekuatan untuk terus pulih dari kesakitan yang dialaminya.

Hari itu, dia tidak keluar rumah seperti rutin hariannya, lepak bersama rakan-rakan. Dia tidur semula usai menunaikan solat Subuh. Aku hanya melihat dia tidur melingkar di katil ayahku. "Biarlah dia tidur. Kalau bangun awal pun, dia keluar rumah nanti". Bisik hati kecilku. Tapi pelik. Seharian dia tidak keluar rumah.

"Harini mak malas nak masak, mak masak nasi lemak je. Pandai-pandailah korang makan". Kata mak. "JE mak?" JE mak pun sudah sangat lazat bagi kami sebab mak bukan masak nasi lemak je, mak masak nasi lemak bersama sambal sotong dan sambal ikan bilis lagi. "Pehhh!! Hari ni first time Ica tambah nasi. Sedaplah mak!" Kataku. Sedang ķami menikmati makan tengahari, dia juga sibuk sama menyenduk nasi lemak di pinggannya. Ini agak musykil! Selalunya dia akan makan di rumah bila ibunya, Kak Long ku ada bersama dan memasakkan kuah tom yam untuk dia. Itu sahaja. Tapi hari ini terasa kelainannya. Dia tidak keluar rumah dan dia makan di rumah? Perubahan ini juga turut disedari oleh ahli keluarga yang lain. "Mungkin dia nak berubah kot." Bisikku...

Malam itu kami semua ke rumah saudara di Saujana untuk menghadiri majlis kenduri menyambut Ramadhan. Kami sekeluarga ke sana kecuali dia, abah dan Angah, tidak mahu turut serta. Lebih kurang 11.00 malam, kami tiba di rumah. Aku terus ke kamarku untuk menukar pakaian.

Tiba-tiba...

"Tuk! Tuk! Tukkkk!!! Ca buka pintu Ca." Angah bersuara dari luar. "Sekejap!"

Waktu aku keluar bilik, terdengar gemparan suaran di ruang tamu. Aku terus ke sana. "Chik teman aku Chik!" Gesa Angah kepada abangku dalam keadaan kelam kabut.

"Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi dekat Haiqal??" Emakku melenting. Tidak semena-mena nama Haiqal terpacul keluar dari bibir emak. Angah tidak menjawab lantas terus keluar rumah bersama Bang Chik, abang sulungku. Aku terpinga-pinga. Aku melihat arah tuju kereta yang di pandu abang ku. Kalau ke kiri, nak keluar ke jalan besar tapi kalau ke kanan..... "Sah! Haiqal accident!" Kerana arah itu menghala ke HUKM, hospital berhampiran kawasan kediamanku. Melihat akan keadaan Angah yang kelam kabut dan pucat basi itu aku sudah dapat kujangkakan ada berita buruk telah menimpa. Pasrah...

Emakku tidak henti-henti menangis. "Apa dah jadi dekat Haiqal? Dia accident ke? Kenapa nak sorok dekat emak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan emak, namun, tiada siapa yang mampu menjawabnya. Hanya menunggu kepulangan Bang Chik dan Angah untuk mengesahkannya.

Setengah jam kemudian, bunyi kereta memakir di hadapan rumahku. Aku segera ke luar. Aku melihat Bang Chik sudah hampir terkulai lemah di sisi kereta namun sempat di sambut oleh Abang Ao, abangku seorang lagi. "Kenapa dengan Haiqal? Apa dah jadi dengan dia? Cakaplah Jal!" Emak merintih. "Haiqal accident. Mak buat solat Hajat mak. Doakan dia mak." Bang Chik bersuara lemah. Allahu Akbar....berderau jantungku mendengar akan kebenaran tanggapanku itu. Naluri seorang nenek memang benar.

"Ya Allah, selamatkanlah anak buahku Haiqal." Doa yang tidak putus-putus aku panjatkan dalam Hajatku. Tatkala aku menitiskan air mata, terasa ada suatu naluri halus meresap di jiwa mengatakan yang dia akan selamat. Alhamdulillah...usai solat Hajat, aku tenang.

Malam itu, kami sekeluarga tidak dapat tidur lena. Masing-masing menunaikan solat hajat, berzikir dan mengaji memohon hajat daripada-Nya. Melihatkan perihal itu, buatku tersedar betapa kita sebagai hamba Allah tidak pernah lari dari fitrah-Nya, iaitu mengabdikan diri kepada-Nya. Dan, perkara itu juga buatku tersedar akan kata-kata "Bila susah, baru ingat Allah. Masa senang, tidak pula rasa bersyukur dan menambahkan lagi ibadah kepada-Nya." Allahu Rabbi...

"Doktor kata, Haiqal mengalami patah rahang dan kaki. InsyaAllah akan ada next operation nanti." Kata Angah.

Syukurlah, Allah masih sayangkan dia. Diberinya peluang untuk bertaubat kepada-Nya dan perbaiki kesilapan diri. Tidak dapat kubayangkan jika Dia tarik nyawa kita sebelum kita sempat untuk bertaubat dan memohon maaf kepada orang-orang yang pernah kita sakiti. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah turunkan ujian ini ke atas dia dan keluargaku. Moga kejadian ini menjadikan kami lebih dekat kepada-Nya, lebih berhati-hati dalam mengemudi hidup di atas muka bumi ini....

Dan kepada Haiqal, doa Ucu agar Haiqal cepat sembuh, dan terus-terusan berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insya-Allah..


Alhamdulillah...Allah masih sayangkan dia...



Hanz.





Friday, October 30, 2015

My Warm Welcome to All Readers

Assalamualaikum...haii there!!

Ni blog ke-2 saya!!

Ooopps lupa pulak nak beritahu semua. Saya Hanisa atau Hanz.

Kenapa saya membuat blog ke-2??

Sebab blog pertama saya (Cerita Seorang Hanisa) khusus untuk topik kesihatan dan kecantikan serta Herbalife!! Ngeee~ Jadi, saya tak mahu ada conflict of interest di situ. Sekejap Herbalife, sekejap pasal life, sekejap Herbalife, sekejap gossipp! Ohhh itsooo confusing! Sampai saya nak menulis entri pun berkira-kira topik ni ok ke tak end up tak menulis terus. jadi, sekarang bila sudah buat blog ke-2 ni bebas la sikit nak cerita apa. kan kan kan?? Tapi blog pertama tu belum mati lagi ye, masih ada dan hidup seperti biasa sebab selagi ramai obesiti di Malaysia ni, selagi tulah blog itu akan bernyawa dan terus untuk membantu rakyat Malaysia. Aceeewahh!

Kenapa HanzLisha?

HanzLisha ni bermula bila saya bertanya Cikgu EST saya masa form 5 dulu, "Err Sir, nama saya dalam bahasa Cina ape?" Sir cakap, "Nama you Han Li Sa, sejenis bunga". Then, masa nak buat emel pertama, saya terus terlintas nama Han Li Sa tu. Tapi disebabkan saya ni memang tak suka nama girly sangat, saya pun ubahlah menjadi HANZLISHA. Dan nama Hanzlisha tu pun teruslah melekat sampai sekarang. Nak buat blog ni pun saya nak juga guna nama Hanzlisha tu. Walaupun bukan retis macam Hanis Zalikha, saya tak kisah...janji Hanzlisha. Tambahan, nickname saya pun Hanz. Dah kena sangat lah kan dengan blog ni. Hehe.

So readers, Welcome to HanzLisha!!

Feel free to share and comment okay. Sharing is Caring!